Search SYABAS  

STATUS TERKINI KERJA-KERJA PEMBAIKAN EKORAN PAIP PECAH DI KM 6.6, LEBUHRAYA PERSEKUTUAN DISEBABKAN KERJA-KERJA PIHAK KETIGA

SIARAN MEDIA

2 OGOS 2019, 3:00 petang

 

  

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli kumpulan Air Selangor, ingin memaklumkan, status terkini kerja-kerja pembaikan paip pecah di KM 6.6, Lebuhraya Persekutuan.

 

Proses kerja-kerja pembaikan ini masih sedang giat dilaksanakan tanpa henti dan melibatkan penutupan dua lorong arah Shah Alam - Kuala Lumpur dan penutupan satu lorong arah Kuala Lumpur - Shah Alam.

 

Untuk makluman, paip pecah tersebut berada pada kedalaman 5 meter. Selain itu terdapat juga kabel-kabel utiliti berada berhampiran jajaran paip pecah tersebut yang merumitkan kerja pembaikan. Justeru itu, proses kerja pembaikan perlu dilaksanakan dengan berhati-hati bagi mengelakkan sebarang risiko kemalangan dan memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

 

Sehubungan itu, sasaran jangka masa siap perlu dilanjutkan ke jam 12:00 tengah malam ini. Pihak kami memahami kesulitan yang dihadapi terutama pengguna jalan raya yang melalui lebuhraya tersebut dan segala usaha telah diambil bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan.

 

Mohon maaf atas segala kesulitan dan pengguna boleh merujuk kepada aplikasi telefon bimbit Air Selangor di Google Play atau Appstore untuk maklumat dan status terkini kerja pembaikan serta jangka masa siap.

 

 

 

 

Dikeluarkan oleh:

Abdul Raof Ahmad

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan & Komunikasi

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd