Search SYABAS  

Status Terkini Kerja-kerja Pembaikan Ekoran Insiden Paip Pecah di KM 6.6, Lebuhraya Persekutuan disebabkan Kerja-Kerja Pihak Ketiga

 

1 OGOS 2019

 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli kumpulan Air Selangor, ingin memaklumkan, kerja-kerja pembaikan paip pecah di KM 6.6, Lebuhraya Persekutuan masih sedang giat dijalankan.

 

Ekoran insiden ini, kerja-kerja kecemasan pembaikan perlu dilaksanakan dan pihak kami telah memohon kepada pihak lebuhraya SPRINT dan mendapat kelulusan bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan dalam tempoh 24 jam serta penutupan sementara lorong tengah dan kanan dari arah Shah Alam - Kuala Lumpur dan lorong kanan arah Kuala Lumpur - Shah Alam.

 

Segala usaha diambil bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan yang disasarkan siap pada petang hari esok 2 Ogos 2019.

 

Pihak kami mohon maaf atas segala kesulitan dan pengguna boleh merujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor di Google Play atau Appstore untuk maklumat dan status terkini kerja pembaikan serta jangka masa siap.