Search SYABAS  

Status Terkini Bekalan Air Lima (5) Wilayah Pulih Sepenuhnya: Hentitugas Loji Rawatan Air Rantau Panjang disebabkan Pencemaran Diesel di Sumber Air Mentah

 

RABU 24 JULAI 2019, 6:00 PETANG

 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli kumpulan Air Selangor ingin memaklumkan, Wilayah Kuala Lumpur dan Kuala Langat telah mencapai 100% pemulihan sehingga jam 6:00 petang, Rabu 24 Julai 2019.

 

Dengan pemulihan di dua (2) wilayah ini, sehingga kini lima (5) wilayah iaitu Gombak, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kuala Lumpur dan Kuala Langat pulih sepenuhnya manakala peratusan pemulihan bagi Wilayah Klang /Shah Alam dan Petaling masing–masing berada di tahap 99%.

 

Segala usaha diambil bagi menstabilkan tekanan dan aliran di sistem agihan dan mempercepatkan pemulihan. Pihak kami menyasarkan pemulihan keseluruhan kawasan adalah sebelum atau pada hari Jumaat 9:00 pagi, 26 Julai 2019.

 

Peratusan status pemulihan berdasarkan dua (2) wilayah dan jumlah akaun serta sasaran pemulihan terkini adalah seperti berikut:

 

Wilayah

Jumlah akaun terjejas

% Pemulihan berdasarkan akaun

Sasaran pemulihan terkini bagi keseluruhan kawasan

Klang / Shah Alam

416,996

99%

25 Julai 2019 (Khamis),

9:00 pagi

Petaling

414,955

99%

26 Julai 2019 (Jumaat),

9:00 pagi

 

Pihak kami masih menyalurkan bantuan melalui lori-lori tangki air ke kawasan yang belum pulih sepenuhnya dan mohon kerjasama dan perhatian pengguna  di kawasan bekalan yang telah pulih untuk menggunakan air dengan berhemat dan elakkan pembaziran bagi membantu pihak kami menstabilkan dan mempercepatkan pemulihan bekalan keseluruhan kawasan. (Rujuk senarai kawasan yang masih dalam proses pemulihan pada hebahan terdahulu)

 

Layari laman sesawang www.syabas.com.my, aplikasi telefon bimbit Air Selangor, Facebook Air Selangor dan Twitter @air_selangor untuk maklumat dan status terkini atau hubungi kami di talian 15300 atau Whatsapp ke 019-281 6793 / 019-280 0919 untuk sebarang bantuan.