Search SYABAS  

Status Pembaikan Paip Pecah Dasar Laut Di Terusan Bagan

8 SEPTEMBER 2018

 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan pelanggannya bahawa proses kerja-kerja pembaikan paip dasar laut yang pecah di Terusan Bagan yang membekalkan air ke Pulau Ketam, Bagan Teochew dan Sungai Lima sedang giat dilaksanakan.

 

Paip pecah dasar laut ini akan dinaikkan untuk digantikan dengan paip baharu sejenis HDPE bersaiz 400mm sepanjang 100 meter.

 

Sementara itu, bekalan air bantuan kecemasan akan terus dihantar kepada penduduk di kawasan-kawasan yang terlibat dan pihak kami mensasarkan kerja-kerja pembaikan dapat disiapkan dalam masa 5 hari.

 

Untuk maklumat dan status terkini mengenai gangguan bekalan ini, sila rujuk www.syabas.com.my atau aplikasi telefon bimbit pintar “Air Selangor” serta layari Facebook “Air Selangor”.