Search SYABAS  

Persediaan Gangguan Bekalan Air Berjadual

SIARAN MEDIA

11 JANUARI 2019

 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, ahli Kumpulan Air Selangor, telah membuat segala persiapan perlu bagi gangguan berjadual yang akan bermula pada jam 9.00 malam, Sabtu, 12 Januari 2019 hingga 11.00 malam, Ahad, 13 Januari 2019 melibatkan beberapa kawasan di Pusat Bandar Kuala Lumpur dan kawasan sekitar.

 

Gangguan berjadual ini adalah bagi perlaksanaan kerja-kerja pembaikan kebocoran serius paip air mentah dan hentitugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas.

 

Pelbagai persiapan bagi menghadapi gangguan berjadual ini telah dan sedang laksanakan termasuk pemakluman awal dan hebahan notis gangguan kepada pelanggan-pelanggan.

 

Pusat Khidmat Setempat (PKS) bagi memberikan bantuan kepada pelanggan akan mula diaktifkan pada jam 8.00 malam, Sabtu 12 Januari 2019 selain penempatan tangki-tangki statik di premis-premis kritikal.

 

Segala usaha diambil bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan dan meminimakan tempoh gangguan. Kerjasama pelanggan sepanjang tempoh gangguan ini amatlah dihargai.

 

Hubungi kami di talian 15300 untuk sebarang pertanyaan atau bantuan. Pelanggan juga boleh melayari laman sesawang www.syabas.com.my, Facebook “Air Selangor”, Twitter @air_selangor dan aplikasi telefon pintar Air Selangor, yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store, untuk makluman yang akan dikemaskini dari masa ke semasa.