Search SYABAS  

Penutupan Sementara Sebahagian Jalan Maarof

PENGUMUMAN TRAFIK

 

PENUTUPAN SEMENTARA SEBAHAGIAN JALAN MAAROF

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) ingin memaklumkan kepada pengguna jalan raya bahawa Jalan Maarof (dari Bangsar ke Damansara) di antara persimpangan Jalan Maarof / Lorong Maarof 6  dengan persimpangan lampu isyarat di hadapan Bangsar Shopping Centre (BSC) akan ditutup sementara dari 26 November 2017 hingga 15 Januari 2018 dari  pukul 10:00 malam hingga 5:00 pagi bagi membolehkan  kerja-kerja penggantian paip.

 

Dalam tempoh ini, pengguna jalan raya dari Bangsar menuju ke Damansara akan dilencongkan ke arah satu lorong bertentangan (dari Damansara ke Bangsar). Kon traffik dan papan tanda akan diletakkan di tapak kerja bagi memastikan pengguna jalan raya diberi amaran terlebih dahulu mengenai kerja-kerja yang berterusan.

 

Penutupan sementara sebahagian jalan ini adalah perlu bagi meneruskan inisiatif penggantian paip dalam usaha kami untuk memberikan perkhidmatan air yang terbaik kepada pelanggan kami.

 

Pelan pengurusan lalu lintas telah diperiksa untuk meminimakan  ketidakselesaan kepada pengguna jalan raya di jalan ini. Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memandu sepanjang jalan ini.

 

Sebarang kesulitan amat dikesali.

 

 

Peta trafik Jalan Maarof yang akan ditutup sebahagian