Search SYABAS  

Pindaan Tarikh Kerja Penambahbaikan Perkhidmatan Air di Gombak

SIARAN MEDIA

3 November 2017

 Kerja-kerja penggantian perkakasan sistem rawatan air di Loji Rawatan Air Sungai Gombak yang telah dijadualkan pada 11 November 2017 kini ditunda ke 18 November 2017 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

 

Beberapa kawasan di Gombak seperti disenaraikan di bawah akan mengalami gangguan bekalan air sementara semasa kerja-kerja penggantian perkakasan ini dijalankan bermula dari 8:00 pagi, sehingga 10.00 malam, pada tarikh tersebut.

 

 

Bt 6 sehingga Bt 9, Gombak

Plaza Tol Gombak

Tmn Riwayah Sulaiman Jaya

Kg. Sg. Pusu

BMI (UNIKL)

UIAM

Sekolah Integrasi Gombak

Lorong Tokman

Kolej Vakasional Gombak

Kg. Desa Makmur

Kg. Tengah 1-7, Gombak

Bt 10- Bt 12, Gombak

Shell & Petronas

Kg. Sg. Salak

MRR2 Karak

 

 

Kerja-kerja penggantian perkakasan ini merupakan sebahagian usaha menambahbaikkan perkhidmatan air dan memastikan  bekalan air berterusan kepada pelanggan kami di Gombak.

 

Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 18 November 2017. Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja ini secepat mungkin untuk memastikan pemulihan bekalan air awal ke kawasan terlibat.

Kesabaran dan kerjasama semua pelanggan kami sepanjang pelaksanaan kerja-kerja berjadual ini amat dihargai. 

Sila rujuk www.syabas.com.my dan aplikasi telefon pintar “mySyabas” untuk maklumat terkini mengenai kerja-kerja penggantian perkakasan ini.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.