Search SYABAS  

Paip Dasar Laut Pecah Kerana Kerja-Kerja Pengerukan Pihak Ketiga

11 SEPTEMBER 2018

 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli kumpulan Air Selangor, ingin menjelaskan bahawa insiden paip pecah dasar laut di Terusan Bagan yang membekalkan air kepada pelanggan di Pulau Ketam, Bagan Teochew dan Sungai Lima adalah disebabkan kerja-kerja pihak ketiga bagi projek pengerukan.

 

Sehubungan dengan itu, punca paip dasar laut ini pecah tiada kaitan dengan bahan dan jenis paip, kelemahan dalam rekabentuk paip mahupun permintaan bekalan air yang tinggi.

 

Sementara itu, jajaran paip baharu jenis HDPE dengan diameter 400mm telah siap untuk disambung sebaik sahaja paip pecah tersebut dinaikkan dari dasar laut untuk penyambungan semula dengan paip baharu.

 

Bekalan air bantuan kecemasan terus dihantar kepada penduduk di kawasan-kawasan yang terjejas setiap hari.

 

Untuk maklumat dan status terkini mengenai gangguan bekalan ini, sila rujuk www.syabas.com.my atau aplikasi telefon bimbit pintar “Air Selangor” serta layari Facebook “Air Selangor”.