Search SYABAS  

Notis Gangguan Bekalan Air Berjadual

5 Januari 2019

 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli Kumpulan Air Selangor, ingin memaklumkan pelanggannya bahawa beberapa kawasan di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan kawasan sekitar akan mengalami gangguan bekalan air berjadual.

 

Gangguan bekalan air akan bermula pada jam 9.00 malam Sabtu, 12 Januari 2019 hingga jam 11:00 malam Ahad, 13 Januari 2019 ekoran hentitugas Loji Rawatan Air Bukit Nanas bagi pelaksanaan kerja-kerja pembaikan kebocoran serius paip air mentah.  

 

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah:

 

Bukit Bintang

Imbi

Pudu

Bukit Ceylon

Jalan Sungai Besi

Pusat Bandaraya Kuala Lumpur

Bukit Damansara / Damansara Heights

Seluruh Kawasan Bangsar termasuk Taman-taman perumahan

Titiwangsa Sentral

Bukit Persekutuan

Kampung Attap

Taman Duta

Bukit Tunku

Kampung Baru

Taman SA

Brickfields

Kampung Datuk Keramat

Taman Tasik Perdana

(Taman Botani Perdana)

Chow Kit

Pekeliling

 

 

Pelanggan di kawasan-kawasan yang tersenarai adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja pembaikan dan penutupan bekalan bermula.

 

Pihak kami akan mengerakkan bantuan bekalan air kecemasan dan mengaktifkan Pusat Khidmat Setempat di Parkir HKL, Jalan Tun Razak yang akan beroperasi bermula 8.00 malam, Sabtu 12 Januari 2019 bagi memberi bantuan kepada pelanggan.

 

Segala tindakan perlu akan diambil bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan bekalan. Rujuk laman sesawang www.syabas.com.my atau muat turun aplikasi telefon bimbit “Air Selangor” di Google Play atau App Store untuk maklumat dan status terkini  yang akan dikemaskini dari masa ke masa. Pelanggan juga boleh menghubungi kami di talian 15300 atau SMS Tanker <Nama><Alamat> ke 15300 atau WhatsApp ke: 019-281 6793 atau 019-280 0919 untuk bantuan.