Search SYABAS  

Nasihat Penggunaan Air Secara Berhemat Berikutan Peningkatan Penggunaan Air

13 FEBRUARI 2018

 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan pelanggannya bahawa berdasarkan pemantauan ke atas sistem bekalan air sejak 2 minggu yang lepas didapati penyusutan paras kolam-kolam perkhidmatan akibat permintaan yang tinggi.

 

Ini telah menyebabkan beberapa kawasan di wilayah Shah Alam dan Klang telah terjejas dengan gangguan bekalan sementara dan tekanan rendah.

 

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Seksyen 16 hingga 20, Seksyen 23 hingga 25 di Shah Alam dan Kampung Jawa, Padang Jawa, Taman Alam Shah, Kg Teluk Menegun, Sg Rasah, Bukit Kuda, Jalan Mohd Sidin di Klang.

 

Pemantauan berterusan dan tindakan yang perlu sedang diambil bagi mengurangkan impak gangguan  kepada pelanggan.    

 

Kerjasama semua pelanggan bagi menggunakan air secara berhemat amatlah diharapkan dan dihargai.