Search SYABAS  

Makluman Mengenai Bil Air

 

SIARAN MEDIA

28 FEBRUARI 2018

 

Semenjak seminggu yang lalu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), telah merekodkan peningkatan bilangan aduan bil tinggi daripada pelanggan berbanding bulan sebelumnya.

 

Pihak kami memandang serius perkara ini dan ingin memaklumkan pelanggan yang mempunyai keraguan mengenai bil air yang diterima untuk menghubungi Pusat Perhubungan kami di talian 15300, e-mel kami di wecare@airselangor.com dengan menyertakan nama penuh, nombor akaun dan nombor perhubungan atau salinan bil yang diterima atau hantar gambar bil air anda ke WhatsApp 019-2816793 / 019-2800919.

 

Sementara menunggu siasatan dan pengesahan status bil yang diadukan, pelanggan boleh menangguhkan pembayaran bil air bagi bulan Januari dan Februari 2018.

 

SYABAS memberi jaminan kepada pelanggan bahawa bekalan air tidak akan dipotong kerana aktiviti pemotongan bekalan telah ditangguhkan hingga akhir bulan Mac 2018.

 

Pihak kami mohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan dan akan mengambil tindakan perlu untuk menyelesaikan segala aduan dengan segera.