Search SYABAS  

Makluman Insiden Paip Pecah di KM 6.6, Lebuhraya Persekutuan Berhampiran Kolam Air Pantai Kompleks disebabkan Kerja-kerja Pihak Ketiga

 

1 OGOS 2019

 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli kumpulan Air Selangor, ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pihak ketiga telah menyebabkan paip pecah di KM 6.6, Lebuhraya Persekutuan berhampiran Kolam Air Pantai Kompleks.

 

Ekoran insiden ini, dua kawasan di Wilayah Petaling terlibat dengan penutupan bekalan air sementara dan gangguan bekalan air tidak berjadual bagi pelaksanaan kerja-kerja pembaikan, iaitu Seksyen 11 dan Seksyen 16 serta Jalan Pantai Baharu dan Lingkaran Syed Putra Wilayah Kuala Lumpur.

 

Pihak kami telahpun memulakan proses kerja-kerja pembaikan dan mengambil segala usaha bagi mempercepatkan kerja baikpulih paip yang pecah. Pihak kami juga telah melaporkan insiden ini kepada pihak berkuasa dan pihak-pihak yang berkaitan.

 

Pengguna dinasihatkan untuk merujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor di Google Play atau Appstore untuk maklumat dan status terkini kerja pembaikan serta jangka masa siap.

 

Mohon maaf atas segala kesulitan.