Search SYABAS  

Kerja-kerja Pencucian Tangki Imbangan Sungai Buaya

 

SIARAN MEDIA

16 Mei 2017

 

Beberapa kawasan di Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula jam 9:00 pagi, 23 Mei 2017 hingga jam 9:00 malam, 23 Mei 2017 semasa kerja–kerja pencucian di Tangki Imbangan Sungai Buaya.

 

Kerja-kerja pencucian ini adalah sebahagian daripada kerja-kerja penyelenggaraan demi mengekalkan kualiti bekalan air.

 

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Kampung Sungai Buaya Peringkat 1 dan Kampung Sungai Buaya Peringkat 2.

 

Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja pencucian ini secepat mungkin. Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 23 Mei 2017.

 

Sila rujuk www.syabas.com.my dan aplikasi telefon pintar “mySyabas” untuk maklumat terkini mengenai kerja-kerja pencucian ini.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.