Search SYABAS  

Kerja-kerja pemasangan dan pengalihan jajaran paip baharu 1400mm siap. Sistem bekalan air kekal ke kolam air Lipat Kajang kembali beroperasi sepenuhnya

13 MEI 2019

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli kumpulan Air Selangor ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pemasangan dan pengalihan paip baharu 1400mm telah siap dilaksanakan pada jam 3:00 petang, 13 Mei 2019 dan sistem bekalan air kekal ke Kolam Lipat Kajang ini telah kembali beroperasi sepenuhnya.

 

Kerja-kerja pemasangan dan pengalihan paip baharu 1400mm ini adalah ekoran insiden tiga paip utama pecah berhampiran projek Lebuhraya West Coast Expressway (WCE) Banting-Taiping.

 

Jajaran paip baharu 1400mm ini merupakan penyelesaian kekal untuk saluran bekalan air kepada pelanggan yang menerima bekalan dari Kolam Lipat Kajang. Pengaktifan paip utama baharu ini dapat meningkatkan kapasiti bekalan air terawat ke kolam tersebut dan pemulihan sepenuhnya ke semua kawasan yang terjejas.

 

Peratusan pemulihan sehingga jam 6:00 petang masih lagi berada di tahap 99% dengan beberapa lokasi dan premis di dua kawasan iaitu Bandar Putera 2 dan Taman Sentosa yang masih belum pulih sepenuhnya.

 

Pihak kami juga mohon kerjasama semua pihak untuk merujuk makluman rasmi yang dikeluarkan berhubung status terkini pemulihan bekalan dan sila abaikan sebarang maklumat yang tidak sahih sama ada berkaitan penutupan semula bekalan atau tempoh gangguan.

 

Hubungi kami di talian 15300 untuk sebarang pertanyaan dan  bantuan. Pelanggan juga boleh merujuk  aplikasi telefon bimbit Air Selangor untuk mendapatkan status terkini yang akan di kemaskini dari semasa kesemasa.