Search SYABAS  

Kerja-kerja pengalihan paip air

SIARAN MEDIA

20 April 2017

 

KERJA-KERJA PENGALIHAN PAIP AIR

 

Beberapa kawasan di Kuala Langat akan mengalami gangguan sementara bekalan air bermula 9:00 malam, 23 April 2017 hingga 5:00 pagi, 24 April 2017 semasa kerja-kerja pengalihan paip di Jalan Dengkil, Bukit Changgang, Sepang.

 

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Bandar Seri Ehsan, Taman Langat Utama, Taman D’Menara, Taman Murnimas dan RTB Bukit Changgang.

 

Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja ini secepat mungkin. Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 23 April 2017.

 

Sila rujuk www.syabas.com.my dan aplikasi telefon pintar “mySyabas” untuk maklumat terkini mengenai kerja-kerja paip ini.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.