Search SYABAS  

Info Pengebilan SYABAS

10 JANUARI 2018

 

 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan pelanggannya bahawa mulai Januari 2018 pelanggan akan menerima bil air melalui perkhidmatan pos atau e-mel berdasarkan pilihan pelanggan sejajar dengan usaha kami untuk memberikan perkhidmatan pengebilan yang lebih efektif dan efisen.

 

Sehubungan dengan itu, terdapat sedikit kelewatan untuk pengeluaran bil air bagi bulan Januari 2018.

 

Kami juga ingin menjelaskan bahawa tiada perubahan bagi kaedah pembayaran bil air melalui saluran - saluran berkut:

 

      i.        Kaunter- kaunter perkhidmatan cawangan SYABAS.

    ii.        Ejen kutipan yang sah seperti Pos Malaysia, MOL, ePay, MBPJ dan DBKL.

   iii.        Bagi pembayaran bil air melalui saluran perbankan Internet (CIMB Clicks, M2U dan lain lain institusi perbankan di Malaysia), pelanggan masih boleh melaksanakan transaksi bayaran atas talian tersebut melalui pilihan JomPAY.

 

Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan kami di talian 15300 untuk sebarang bantuan dan maklumat lanjut.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.