Search SYABAS  

Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Ekoran Insiden Pencemaran Bau Di Sungai Semenyih - Bekalan Air Pulih Sepenuhnya

SIARAN MEDIA

29 JUN 2019

 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli kumpulan Air Selangor, ingin memaklumkan bekalan air di kesemua  kawasan di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran pencemaran bau di Sungai Semenyih dan mengakibatkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihentitugas telah PULIH.

 

Pihak kami merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk agensi-agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Persatuan penduduk yang telah menghulurkan bantuan sepanjang tempoh gangguan dan pemulihan bekalan. 

 

Air Selangor komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami dan akan sentiasa berusaha untuk meminimakan gangguan bekalan air kepada pengguna.

 

Kerjasama pelanggan amatlah dihargai dan pihak kami menyeru agar semua pengguna dapat bersama-sama menjaga sumber air kita dan menggunakan air dengan berhemah.

 

Muat turun aplikasi telefon bimbit Air Selangor di Google Play atau Appstore untuk info bekalan air anda.

 

 

Dikeluarkan oleh: Abdul Raof Ahmad,

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan & Komunikasi             

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd