Search SYABAS  

Bekalan Air Pulih Sepenuhnya di Shah Alam

 

SIARAN MEDIA

13 NOVEMBER 2017

                                               

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan pelanggannya bahawa bekalan air di beberapa kawasan Shah Alam yang terganggu sementara ekoran hentitugas Rumah Pam Sunway Kayangan, Shah Alam telah pulih sepenuhnya.

 

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan terlibat dan komuniti di atas kerjasama dan kesabaran menghadapi gangguan bekalan air sepanjang insiden di luar jangkaan ini. 

 

Kami menasihatkan orang ramai untuk terus menggunakan air secara berhemat dan bertanggungjawab supaya tidak membazir air dan menjadikan jimat air sebagai satu tabiat.

 

Untuk maklumat mengenai perkhidmatan air kami, sila layari www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar “mySyabas”.