Search SYABAS  

Bekalan air di tiga wilayah pulih sepenuhnya: Hentitugas Loji Rawatan Air SSP 1, 2 dan 3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang disebabkan Pencemaran Diesel di Sumber air mentah

24 JULAI 2019, 7.00 PAGI

 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli kumpulan Air Selangor ingin memaklumkan, tiga (3) Wilayah iatu Wilayah Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Selangor telah pulih sepenuhnya dengan peratusan pemulihan keseluruhan berdasarkan jumlah akaun pelanggan berdaftar mencapai tahap 96% sehingga jam 6:00 pagi, Rabu 24 Julai 2019.

 

Wilayah yang masih dalam proses pemulihan sepenuhnya adalah seperti berikut:

 

Wilayah

Jumlah akaun terjejas

% Pemulihan berdasarkan akaun

Sasaran pemulihan 100% keseluruhan kawasan

Kuala Lumpur

117,837

99%

26 Julai 2019 (Jumaat), 6:00 petang

Klang / Shah Alam

416,996

94%

26 Julai 2019 (Jumaat), 6:00 petang

Petaling

414,955

96%

27 Julai 2019 (Sabtu), 9:00 pagi

Kuala Langat

9,571

97%

27 Julai 2019 (Sabtu), 9:00 pagi

 

Pemantauan berterusan diambil dan pihak kami sedang berusaha mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan kawasan. Bantuan bekalan melalui lori-lori tangki air kepada penduduk di kawasan yang masih belum pulih digerakkan secara berterusan sehingga bekalan pulih sepenuhnya.

 

Kerjasama pelanggan sepanjang tempoh pemulihan dan menggunakan air dengan berhemat amatlah dihargai.

 

Layari laman sesawang www.syabas.com.my, aplikasi telefon bimbit Air Selangor, Facebook Air Selangor dan Twitter @air_selangor untuk maklumat dan status terkini atau hubungi kami di talian 15300 atau Whatsapp ke 019-281 6793 / 019-280 0919 untuk sebarang bantuan.