Search SYABAS  

Bekalan air di semua kawasan terjejas Wilayah Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat pulih

JUMAAT 7 JUN 2019

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli kumpulan Air Selangor, ingin memaklumkan bahawa bekalan air di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat yang terjejas ekoran peralatan penapisan mekanikal (bandscreen) Loji Rawatan Air  Sungai Langat yang tersumbat dan 'trip' disebabkan hujan lebat di hulu sungai dan kuantiti sampah sarap yang banyak terkumpul di muka sauk telah pulih sepenuhnya.

 

Pihak kami merakamkan ucapan terima kasih kepada pelangan dan semua pihak  yang memberikan kerjasama sepanjang tempoh gangguan sementara ini dan mohon maaf atas segala kesulitan.

 

Muat turun aplikasi telefon bimbit Air Selangor untuk info bekalan air anda.