Search SYABAS  

Bekalan Air di Kuala Lumpur dan Hulu Langat Pulih Sepenuhnya

SIARAN MEDIA

20 JANUARI 2017

 

BEKALAN AIR DI KUALA LUMPUR DAN HULU LANGAT PULIH SEPENUHNYA

 

Bekalan air di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Hulu Langat yang terjejas akibat kekeruhan air Sg. Langat yang membekalkan air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA)  Sg. Langat telah pulih sepenuhnya.

 

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengguna di atas kesabaran menghadapi gangguan bekalan air sepanjang insiden di luar jangkaan ini.

 

Walau bagaimanapun, pengguna dinasihati untuk sentiasa menggunakan air secara berhemat.

 

Pengguna boleh mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan air melalui www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas”, Facebook “Air Selangor” dan Twitter “air_selangor”.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Dikeluarkan Oleh

Amin Lin Abdullah,

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat,

Kumpulan Air Selangor