Search SYABAS  

Bekalan air di Klang pulih

27 Jun 2019

 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli kumpulan Air Selangor, ingin memaklumkan,  berdasarkan pemantauan dan bacaan tekanan di sistem agihan sehingga jam 9:00malam, 27 Jun 2019, bekalan air di kawasan Wilayah Klang yang terjejas ekoran insiden paip utama bocor disebabkan kerja-kerja  pihak ketiga di Persiaran Selangor, Seksyen 15 Shah Alam telah pulih.

 

Pihak kami merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

 

Muat turun aplikasi telefon bimbit Air Selangor di Google Play atau App Store untuk info bekalan air.