Search SYABAS  

Bekalan Air di Klang dan Shah Alam Pulih Sepenuhnya

 

SIARAN MEDIA

11 AUGUST 2017

 

Bekalan air di beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam yang terganggu ekoran kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air di hadapan Kilang Mapletree, bersebelahan Sg. Damansara dan persimpangan Seksyen 25, Shah Alam telah pulih sepenuhnya 11 jam lebih awal daripada jadual pada 3:00 pagi hari ini.

 

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengguna di atas kesabaran menghadapi gangguan bekalan air ini.

 

Walau bagaimanapun, pengguna dinasihati untuk sentiasa menggunakan air secara berhemat.

 

Pengguna boleh mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan air melalui www.syabas.com.my  atau aplikasi telefon pintar “mySyabas”.