Search SYABAS  

Air Selangor sebagai pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

 

11 SEPTEMBER 2019

 

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (“Air Selangor”) ingin memaklumkan bermula pada 13 September 2019, Air Selangor akan menjadi pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air yang akan melaksanakan aktiviti rawatan dan agihan air kepada pengguna-pengguna di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

 

 

Pelanggan-pelanggan akan mula menerima bil Air Selangor bermula pada tarikh tersebut. Selain dari itu, tiada lain-lain perubahan dalam terma dan syarat perjanjian perkhidmatan bekalan air yang sediada.

 

 

Air Selangor juga turut memperkenalkan logo baharu yang melambangkan komitmen syarikat dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

 

Logo Baharu Air Selangor: