Search SYABAS  
Home » Page »

Notis Perlindungan Data Peribadi Pelanggan

 

Click here for English Version

 

Pelanggan yang dihargai,

 

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah dikuatkuasakan oleh pihak Kerajaan pada 15 November 2013 untuk mengawal selia pemprosesan  data  dalam  transaksi komersial. Di bawah peruntukan Akta ini, kami, Syarikat Bekalan  Air  Selangor Sdn. Bhd. ("SYABAS") dikehendaki untuk mengemukakan notis mengenai hak anda ke atas Data Peribadi anda yang telah diproses,yang akan diterima  dan akan diproses di masa hadapan oleh pihak kami dan juga tujuan Data Peribadi tersebut dikumpulkan.

 

Justeru itu, kami ingin memaklumkan bahawa data peribadi dan maklumat (selepas ini disebut sebagai "Data Peribadi tersebut") selainnya yang diberikan di dalam permohonan anda untuk mendapatkan pembekalan air termasuklah perkhidmatan­-perkhidmatan lain yang berkaitan pembekalan air bagi maksud-maksud berikut:-

  • membantu kami menyediakan perkhidmatan pembekalan air dan/atau perkhidmatan responsif ke premis anda;
  • penyenggaraan pengkalan data pelanggan dan proses-proses yang berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan;
  • tujuan pengebilan dan proses pembayaran;
  • bagi menghubungi anda;
  • bagi menjawab sebarang pertanyaan;
  • tujuan pentadbiran;
  • memenuhi keperluan undang-undang dan badan-badan berkanun;.
  • bagi tujuan analisa dan perancangan termasuk penyimpanan rekod sejarah dan statistik;
  • bagi tujuan operasi dan penyenggaraan perkhidmatan yang disediakan oleh SYABAS;
  • bagi tujuan siasatan sebarang aduan dan urusniaga yang disyaki.

 

Kami memerlukan Data Peribadi tersebut, sekiranya anda tidak membekalkan  semua maklumat seperti yang diminta, kami tidak akan dapat menyimpan rekod lengkap mengenai anda, dan justeru itu akan menjejaskan keupayaan kami untuk mencapai maksud seperti di atas.

 

 

Pendedahan Data Peribadi Anda

 

Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi tersebut kepada pihak-pihak berikut bagi tujuan seperti yang dinyatakan di atas:

  • Ejen-ejen dan kontraktor SYABAS (termasuk yang berada di luar negara) yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan tujuan Data Peribadi tersebut dikumpul;
  • Pihak ketiga (termasuk yang berada di luar negara) yang menyediakan perkhidmatan pemprosesan data;
  • Di dalam keadaan di mana kelewatan atau keingkaran pembayaran telah berlaku, Data Peribadi tersebut akan didedahkan kepada peguam yang dilantik oleh SYABAS, agensi kutipan hutang, dan agensi rujukan kredit; dan
  • Mana-mana individu di bawah kewajipan kerahsiaan yang telah mengakujanji untuk memastikan  data tersebut dirahsiakan.

 

Kami juga mungkin akan mendedahkan Data Peribadi anda jika dikehendaki berbuat demkian oleh undang-undang secara niat baik, jika tindakan tersebut adalah perlu bagi (i) mematuhi kehendak mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau (ii) melindungi dan mempertahankan hak atau harta SYABAS dan kakitangan kami.

 

 

Akses,Pembetulan dan Aduan

 

 

Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan,aduan atau permohonan untuk akses atau pembetulan ke atas Data Peribadi, anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data Peribadi kami di Jabatan Perundangan di lbu Pejabat SYABAS dengan menelefon kami di talian 03-20885400 atau fakskan kepada kami di talian 03-20885122 dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang dan juga boleh diemelkan kepada kami di pdpa@syabas.com.my . Sebarang permintaan untuk mengakses atau membetulkan Data Peribadi anda akan tertakluk kepada bayaran dan juga keperluan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

 

Jika anda memilih untuk menghadkan hak kami untuk memproses Data Peribadi anda, anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data Peribadi kami seperti yang dinyatakan di atas, secara bertulis.

 

Sekiranya terdapat  sebarang  perbezaan atau konflik di antara versi Bahasa lnggeris dan versi Bahasa Malaysia di dalam Notis Perlindungan Data Peribadi Pelanggan ini,versi Bahasa lnggeris harus digunapakai dan diterima.