Search SYABAS  
Home » Media »

Media :: Press Release

Status terkini kerja pembaikan salah satu pam utama Loji Rawatan Air SSP3
 

 

16 MEI 2019

 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli kumpulan Air Selangor, ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan kerosakan pam No. 10 (salah satu pam utama) di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa Tiga  (SSP3) berada di tahap 70% sehingga jam 6:00 petang hari ini.

 

Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan dan pihak kami mensasarkan kerja-kerja dapat disiapkan pada jam 9:00 malam ini, 16 Mei 2019.

 

Pihak kami telah menggerakkan bantuan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan terjejas selain pengaktifan dua Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang beroperasi 24 jam sehari di Kompleks Sukan SUK, Persiaran Raja Muda, Seksyen 5, Shah Alam dan  Kolam Air Seksyen 16, Jln Cengkih 16/10, Shah Alam.

 

Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan dan mengambil segala usaha bagi mempercepatkan proses pemulihan di kawasan-kawasan terjejas.

 

Hubungi kami di talian 15300 atau Whatsapp ke 019-2816793 atau 019-2800919 untuk bantuan.

 

Pelanggan juga boleh merujuk aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.syabas.com.my untuk maklumat dan status terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

More Press Release ...
Status terkini kerja-kerja Pembaikan Kerosakan peralatan salah satu pam utama Loji Rawatan Air SSP3 
Makluman awal - Kawasan gangguan ekoran kerosakan peralatan pada salah satu pam utama Loji Rawatan Air SSP3 
Makluman awal kerosakan peralatan pada salah satu pam utama LRA SSP3 
Bekalan air di Klang Pulih Sepenuhnya 
PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH KLANG SEHINGGA JAM 9:00 MALAM 
Kerja-kerja pemasangan dan pengalihan jajaran paip baharu 1400mm siap. Sistem bekalan air kekal ke kolam air Lipat Kajang kembali beroperasi sepenuhnya 
Status Terkini Pemulihan Bekalan Air di Wilayah Klang sehingga jam 12:00 Tengah Hari, 13 Mei 2019 
STATUS TERKINI PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH KLANG (13 MEI 2019) 
Status Pemulihan Bekalan Air 
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12