Search SYABAS  
Home » Media »

Media :: Press Release

Status Terkini Kerja Pembaikan Insiden Paip Utama 1800mm Pecah di Setia Alam, Klang
 

7:00 PETANG, 3 JUN 2019

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli Kumpulan Air Selangor, ingin memaklumkan proses kerja pembaikan masih sedang giat dijalankan.

 

Pihak kami mensasarkan kerja-kerja pembaikan akan dapat disiapkan sebelum jam 12:00 tengahari esok, Selasa 4 Jun 2019, sekiranya tiada sebarang isu kritikal di tapak semasa kerja-kerja pembaikan dilaksanakan.

 

Bekalan akan dibuka sejurus kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan dan pemulihan bekalan adalah secara berperingkat serta bergantung kepada lokasi dan altitud premis.

 

Pihak kami akan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa  dan  melaksanakan kerja pembaikan ini secara berterusan  bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan bekalan serta meminimakan impak gangguan.

 

Bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki juga digerakkan selain pengaktifan  5 buah Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan 3 lokasi Pili Awam bagi menyalurkan bantuan kepada pelanggan yang terjejas.

 

Sila rujuk senarai pada hebahan terdahulu atau layari www.syabas.com.my atau aplikasi Air Selangor untuk maklumat lanjut.

 

Mohon maaf atas segala kesulitan dan status terkini akan dikemaskini di laman sesawang www.syabas.com.my, aplikasi telefon bimbit Air Selangor dan Facebook Air Selangor dari semasa ke semasa.

 

More Press Release ...
Status Terkini Insiden Kejadian Paip Utama 1800mm pecah di Setia Alam 
Makluman Penutupan Bekalan bagi Pelaksanaan Kerja-kerja Kecemasan Pembaikan Paip Utama 1800mm Pecah di Setia Alam 
BEKALAN AIR PULIH SEPENUHNYA DI KAWASAN RAWANG, KUANG, BANDAR TASIK PUTERI DAN BANDAR COUNTRY HOMES  
Kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pengepaman pecah berdekatan Sungai Garing, Rawang siap dilaksanakan 
Makluman awal - Gangguan Bekalan Air Bagi Perlaksanaan Kerja-kerja Kecemasan Pembaikan Paip Pengepaman Pecah Berdekatan Sungai Garing, Rawang 
BEKALAN AIR PULIH SEPENUHNYA DI SHAH ALAM (17 Mei 2019) 
STATUS PEMULIHAN BEKALAN AIR DI SHAH ALAM 
KERJA-KERJA PEMBAIKAN PERALATAN PADA SALAH SATU PAM UTAMA LOJI RAWATAN AIR SSP3 SIAP DILAKSANAKAN 
KERJA-KERJA PEMBAIKAN PERALATAN PADA SALAH SATU PAM UTAMA LOJI RAWATAN AIR SSP3 MASIH GIAT DIJALANKAN  
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11