Search SYABAS  
Home » Media »

Media :: Press Release

Bekalan air di Tujuh (7) wilayah pulih: Hentitugas Loji Rawatan Air SSP1, SSP2 dan SSP3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang disebabkan Pencemaran Diesel di Sumber Air Mentah
 

25 JULAI 2019

 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli kumpulan Air Selangor ingin memaklumkan bekalan air di kesemua kawasan di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran insiden pencemaran air mentah telah PULIH.

 

Keprihatinan semua pelanggan dan pengguna yang terjejas dalam memberikan kerjasama sepanjang pihak kami melaksanakan proses pemulihan bekalan ekoran insiden pencemaran air mentah dan hentitugas loji-loji utama ini amatlah dihargai.

 

Air Selangor merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk Kerajaan Negeri, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Agensi-agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan, Operator-operator Air dari negeri lain serta semua yang terlibat yang telah bersama-sama menghulurkan bantuan sepanjang tempoh gangguan dan pemulihan bekalan.

 

Mohon maaf atas segala kesulitan dan pihak kami ingin mengambil perhatian semua pihak untuk bersama menjaga sumber air dan menggunakan air dengan berhemat dan elakkan pembaziran.

More Press Release ...
Status Terkini Bekalan Air Lima (5) Wilayah Pulih Sepenuhnya: Hentitugas Loji Rawatan Air Rantau Panjang disebabkan Pencemaran Diesel di Sumber Air Mentah 
Status Terkini Pemulihan dan Senarai Kawasan Masih dalam Proses Pemulihan Sepenuhnya: Hentitugas Loji Rawatan Air SSP1, SSP2 dan SSP3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang disebabkan Pencemaran Diesel di Sumber Air Mentah (1:00 tengah hari, 24 Julai 2019) 
Bekalan air di tiga wilayah pulih sepenuhnya: Hentitugas Loji Rawatan Air SSP 1, 2 dan 3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang disebabkan Pencemaran Diesel di Sumber air mentah 
Status Terkini Pemulihan Bekalan Air telah Mencapai Tahap 88%: Hentitugas Loji Rawatan Air SSP1, 2 dan 3 Serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang disebabkan Pencemaran Diesel di Sumber Air Mentah 
Status Terkini Pemulihan Bekalan Air Mencapai Tahap 84%: Hentitugas Loji Rawatan Air SSSP 1, 2 Dan 3 Serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang Disebabkan Pencemaran Diesel Di Sumber Air Mentah  
Status Terkini Pemulihan Bekalan Air: Hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Selangr Fasa 1 ,2 dan 3 Serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang Disebabkan Pencemaran Diesel di Air Mentah 
Makluman Jangkamasa Pemulihan: Hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor SSP1, SSP2 dan SSP3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang 
Status Terkini Pencemaran di Sungai Selangor yang menyebabkan hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang (7 Pagi, 22 Julai 2019) 
MAKLUMAN INSIDEN PENCEMARAN MINYAK DIESEL DI SUMBER AIR MENTAH SUNGAI SELANGOR MENYEBABKAN HENTITUGAS LOJI RAWATAN AIR SSP1, SSP2 DAN SSP3 SERTA LOJI RAWATAN AIR RANTAU PANJANG 
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9