Search SYABAS  

PEMAKLUMAN PERPINDAHAN SEMENTARA PEJABAT SEKSYEN PEMBANGUNAN

 

Kepada Pelanggan Yang Dihormati,

 

Adalah dimaklumkan bahawa AIR Selangor sedang menambahbaik fasiliti Ibu Pejabat Seksyen Pembangunan yang berada di Tingkat 2 dan Tingkat 3 Wisma Goshen bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelaggan.

Selaras dengan itu, bermula 18 Februari 2019 sehingga 30 Jun 2019 pejabat Seksyen Pembangunan di Tingkat 2 dan Tingkat 3 Wisma Goshen akan ditutup sementara operasinya bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pengubahsuaian dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut, Seksyen Pembangunan akan beroperasi di pejabat sementara seperti butiran di bawah:

 

Alamat:

Tingkat 3, Bangunan Pejabat Wilayah SYABAS Kuala Lumpur,

Jalan Pantai Baharu,

59100 Kuala Lumpur

atau klik link berikut untuk panduan lokasi; https://goo.gl/maps/MWzYcVZbpar

 

Semua urusan permohonan kelulusan bekalan air pembangunan baru yang berkaitan dan Hari Bertemu Pelanggan (sesi perbincangan teknikal, pra-rundingan dan sebagainya) pada setiap hari Selasa akan berjalan seperti biasa di pejabat sementara. Sesi perbincangan teknikal adalah melalui temujanji. Pelanggan-pelanggan digalakkan mendapatkan waktu temujanji dengan menghubungi Mr. Tan Eng Soon melalui email tan.eng.soon@airselangor.com atau ‘walk in’ sebelum hari perjumpaan dan tertakluk kepada kekosongan waktu pada hari berkenaan.

 

Sepanjang tempoh ini, dijangkakan akan berlaku sedikit kesesakan dan ketidakselesaan kepada pelanggan-pelanggan (pemaju, perunding, kontraktor dan lain-lain) yang berurusan dengan Seksyen Pembangunan di pejabat sementara. Terdapat juga perubahan nombor faksimili dan sambungan telefon kakitangan yang akan dimaklumkan kepada pelanggan-pelanggan kelak.

 

Kami memohon maaf di atas segala kesulitan sepanjang tempoh ini bagi kemudahan yang lebih baik dan selesa di masa hadapan.


Sekian