Search SYABAS  
Home » Media »

Media :: Current News

PEMAKLUMAN PERPINDAHAN PEJABAT BARU SEKSYEN PEMBANGUNAN, IBU PEJABAT
 

 

Kepada Pelanggan Yang Dihormati,


Pemakluman kami sebelum ini berhubung pejabat sementara Seksyen Pembangunan adalah berkaitan.


Sukacita dimaklumkan bahawa AIR Selangor telah selesai menambahbaik fasiliti Sekyen Pembangunan, Ibu Pejabat yang baru di Tingkat 3 Wisma Goshen bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.


Selaras dengan itu, bermula 15 April 2019 pejabat Seksyen Pembangunan akan mula beroperasi di Tingkat 3 Wisma Goshen seperti butiran di bawah:


Alamat:

Suite C-3-1, Tower C, Wisma Goshen,

Plaza Pantai,

No.5, Jalan 4/83A,

Off Jln Pantai Baharu,

59200 Kuala Lumpur

atau klik link berikut untuk panduan lokasi; https://goo.gl/maps/5MpTWXQHK452


Semua urusan berkaitan Seksyen Pembangunan iaitu permohonan kelulusan pelan bekalan air pembangunan baru, permohonan dan pembaharuan permit tukang paip, pengambilalihan sistem bekalan air, permohonan meter air baru dan Hari Bertemu Pelanggan (sesi perbincangan teknikal, pra-rundingan dan sebagainya) pada setiap hari Selasa akan berjalan seperti biasa di pejabat baru ini. Sesi perbincangan teknikal adalah melalui temujanji. Pelanggan-pelanggan digalakkan mendapatkan waktu temujanji dengan menghubungi Mr. Tan Eng Soon di talian 03-2088 5090, melalui email tan.eng.soon@airselangor.com atau ‘walk in’ sebelum hari perjumpaan dan tertakluk kepada kekosongan waktu pada hari berkenaan.


Sekian

More News ...
PEMAKLUMAN PERPINDAHAN SEMENTARA PEJABAT SEKSYEN PEMBANGUNAN 
Penukaran Alamat Server Baru Sistem eDPLAS 
MAKLUMAN PERPINDAHAN SEMENTARA OPERASI KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN WILAYAH HULU LANGAT